Polis Denmark mendedahkan bahawa suspek insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua remaja pada ahad mempunyai masalah mental.<br /><br />Siasatan juga mengesahkan serangan adalah rambang dan tiada sebarang petunjuk bahawa ia adalah tindakan keganasan.